Sistem dalaman Honor 8X lebih daripada cukup melancarkan operasi telefon bersama RAM 4 GB dengan ROM 64 GB.
Rekaannya yang berkilau juga cantik pada mata pengguna. Melengkung di belakang dengan rekaan 2.5D di belakang dengan panel yang kelihatan premium menyerlahkan nilai estetik yang menawan.
Sudahlah begitu, ia lengkap bersama keupayaan membuka fon menggunakan pengesan wajah yang pantas. Laju saja fon dinyahkunci sebaik sahaja skrin menatap muka kita.
Ciri dwikamera menjadi sentuhan padu Honor 8X. Dua kamera belakang tersebut beresolusi 20 megapiksel dan 2 megapiksel yang memang hebat untuk kesan bokeh selain fokus laju PDAF.
Selain itu, terdapat mod Wide Aperture yang apabila diaktifkan, lensa 13 megapiksel akan menangkap detail pada subjek, manakala lensa 2 megapiksel pula akan memberikan kesan bokeh dengan 7 jenis tahap apertur (bukaan).
Malah lebih hebat, anda boleh menetapkan kembali poin pada fokus meskipun selepas gambar sudah diambil.
Kamera depan juga mengikut kehebatan kamera utamanya apabila ia yang mempunyai resolusi 16 megapiksel boleh mempunyai flash ikut tona swafoto secara manual atau automatik dengan apertur f2.0 bersama sudut swafoto sehingga 77 darjah menghasilkan pelbagai gambar yang menarik.
Antara muka EMUI 8.2 memang mantap bila digandingkan bersama Android Oreo 8.0. Integrasi antara perisian dan peranti amat sesuai berganding.
Satu lagi yang mencuri tumpuan termasuk sokongan VoLTE dan VoWiFi. Nampak sangat teknikal tapi jangan risau kerana anda tak perlu sentuh apa-apa kerana ia secara automatik memastikan isyarat telefon kekal pada tahap maksimum sama ada dalam bangunan atau di luar.
Sebab itu, kalau anda menggunakan Honor 8X, anda boleh menerima atau membuat panggilan tanpa tersekat malah ia juga panggilan jenis HD.
Prestasi memori dengan padanan unit pemprosesan pusat (CPU) terhasil oleh algoritma pembelajaran mesin. Hasilnya, memang padu apabila memainkan pelbagai aplikasi termasuk permainan video, media sosial dan menonton video strim.
Baterinya yang berkapasiti 3750 mAh cukup tinggi memainkan video sehingga 13 jam tanpa henti dan tahan lasak sehingga dua tahun penggunaan.
Terdapat ciri teknologi Power Saving 6.0 di mana ia mempunyai 8 penyelesaian pintar untuk mengurangkan penggunaan tenaga pada telefon ini.
Honor 8X mempunyai tiga kad slot, semua. Dua slot kad nano untuk data atau panggilan, kemudian satu lagi boleh memuatkan kad microSD hingga 256 GB.
Kalau anda berhasrat untuk menukar telefon ke Honor 8X, gunakan aplikasi Phone Clone yang memindahkan aplikasi ke Honor 8X dengan mudah.
Honor 8X Lite lengkap Game Suite ketika “Gaming” – tetapi notifikasi ketika bermain akan ditutup supaya tidak mengganggu. Antara yang ditapis termasuk panggilan masuk penggera dan notifikasi bateri lemah.
Ciri Split Screen pula yang sama diteruskan dalam Honor 8X. Dua aplikasi beroperasi serentak.
Pada mod Mini Screen View, gunakan telefon anda dengan satu tangan dan aktifkannya hanya dengan leretan jari ke navigasi untuk tukar antara view biasa dan Mini Screen View manakala bagi mod Eye Comfort, tiga tahap kecerahan skrin ikut keadaan.
Leretkan tiga jari ke bawah untuk screenshot.
Untuk mengetahui harganya, ama-sama kita nantikan kemunculannya.

Spesifikasi

Cip : Kirin 710 
Octa-Core 2.2 GHz (AI Kecerdasan Pintar Terbina)
Kamera Utama Belakang : Dwi 20 megapiksel + 2 megapiksel
Kamera Swafoto : 16 Megapiksel
Saiz : 6.5” dengan skrin bertakuk & pengimbas cap cari di belakang
RAM : 4 GB
Storan Dalaman : 64 GB
Berat : 175 gm
Bateri : 3,750 mAh dengan pengecasan pantas USB jenis mikro
Struktur & Binaan : Kaca berkilat depan belakang dengan sisi aluminium
Warna : Biru berkilau