Menerusi satu rangkaian televisyen kabel Taiwan, CTI TV, terdapat satu program masakan yang menunjukkan cara mudah untuk melembutkan daging stik setebal 1 cm dalam tempoh 5 minit, dengan hanya menggunakan dua periuk logam dan air sahaja. Di bawah ini akan diajarkan cara mudah tersebut.

1) Pertama sekali, terbalikkan satu periuk logam dan letakkan potongan daging stik di atasnya.

Kredit gambar: CTI TV.

2) Kemudian, isikan air pada periuk logam yang lain dan letakkan ia di atas potongan daging stik sebentar tadi. Isikan air sekadar untuk dijadikan pemberat.

Kredit gambar: CTI TV.

3) Akhir sekali, tunggu beberapa minit supaya potongan daging stik sebentar tadi menjadi lembut.

Kredit gambar: CTI TV.

Bagaimanakah cara mudah ini dapat melembutkan daging? Semuanya berkaitan dengan sains. Sebagaimana yang kita sedia tahu, logam mempunyai ciri pengalir haba yang baik, di mana haba sekeliling boleh dialir untuk melembutkan daging. Dengan meletakkan periuk logam yang diisi air di atas daging ini akan membuatkan lebih banyak haba sekeliling dialirkan seterusnya mempercepatkan proses melembutkan daging.

Menerusi program masakan itu, demonstrasi dijalankan menggunakan daging stik yang mempunyai tebal 1 cm. Daging yang mempunyai tebal 5 cm akan mengambil tempoh lebih kurang 10 minit.
KUALA LUMPUR - Tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur.

“Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur.

“Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah. Hanya itu yang kerajaan terlibat, bukan kerana kita mahu menjadi ‘polis moral’ tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam,” katanya dalam temubual eksklusif bersama The Star.

Dalam temubual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

“Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguatkuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian,” katanya.
Saban tahun kita sering dikejutkan dengan berita yang menyayat hati dengan kejadian lemas di sungai, kolam, tasik, lombong dan dihanyutkan arus deras. Mengapa ini terjadi? Adakah faktor alam, peralatan, manusia atau pihak berwajib patut disalahkan?


Fenomena Air Pusar

Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu.

Perlu penjelasan

Kadangkala kawasan hilir sungai tidak berlaku hujan lebat, namun hujan lebat dan luar biasa di kawasan hulu. Keadaan ini juga mengakibatkan berlaku fenomena kepala air.

Keadaan ini sangat berbahaya kerana aliran arus dan air yang kuat ini membawa puluhan sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, batu dan sisa batang pokok atau balak yang dibuang di sungai.

Aliran air sungai dan arus yang kuat ini merempuh apa sahaja yang ada di laluannya.

Disebabkan aliran yang kuat inilah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa ketika aliran air yang kuat ini berlaku.

Air pusar atau 'hidraulik' ini berlaku secara semula jadi disebabkan faktor morfologi sungai di kawasan jeram dan faktor ketinggian air. Tidak semua jeram mempunyai pusaran air yang berbahaya.

Berdasarkan pengetahuan, pusaran air ini dapat dikelaskan kepada dua, iaitu jenis 'frowning' dan 'smiling.'

Jenis 'frowning' ini agak berbahaya kerana pusaran air di dalamnya akan menarik apa sahaja objek yang melaluinya ke tengah jeram, manakala jenis 'smiling' ini tidak bahaya kerana objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.

Tanda berlaku fenomena kepala air ini ialah cuaca gelap di hulu sungai (puncak bukit) yang menandakan hujan di kawasan berkenaan.

Air yang meningkat naik secara tiba-tiba, air berubah warna kepada kekuning-kuningan secara tiba-tiba dan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan.

Bagaimanapun, tidak semua tempat atau kawasan seumpama ini mempunyai siren amaran bagi memberi amaran kepada pengguna di kawasan itu.

Pusaran air ini boleh dilihat melalui laluan arus sungai sama ada kuat atau perlahan. Pusaran air ini sering berlaku di kawasan sungai yang mempunyai jeram.

Faktor ketinggian air juga memainkan peranan penting kerana jika berlaku kenaikan air akibat hujan pada hari sebelumnya, kawasan pusaran air menjadi lebih kuat disebabkan arus yang menolaknya.

Kaedah menguji pusaran air itu dengan membuang objek seperti ranting kayu ke pusaran, adalah cara yang amat berguna dan sering digunakan oleh penggiat kayak dan rafting arus deras.

Jika objek yang dibuang ke dalam pusaran itu tidak ditolak keluar, menandakan pusaran air berkenaan berbahaya kerana pusaran air menarik objek yang melalui kawasan itu.

INFO: Punca Lemas

Pusaran air
  • Terhasil dari pertemuan arus berlawanan.
  • Memiliki aliran air ke bawah secara vertikal.
  • Mangsa seolah-olah ditarik ke bawah.
  • Pusaran kecil hanya berlaku di kawasan air terjun.
  • Menghasilkan pusaran berskala kuat.
  • Kawasan sempit menghasilkan pusaran kuat.

Tanda terdapat pusaran air
  • Sering berlaku di sungai yang mempunyai jeram.
  • Ketinggian air selepas hujan penentu kekuatan pusaran.
  • Uji kawasan dengan membuang objek seperti ranting kayu.
  • Jika objek itu tidak ditolak keluar menandakan air berkenaan bahaya.

Terbahagi kepada dua

1. Frowning
  • Berbahaya.
  • Pusaran air akan menarik apa sahaja objek yang melalui ke tengah jeram.

2. Smiling
  • Tidak bahaya.
  • Objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.

Kepala air
  • Gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar.
  • Mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
  • Lazimnya berpunca takungan daripada hujan lebat di hulu sungai.
  • Amat bahaya kerana ia menghasilkan arus besar dan deras.

Semoga memberi manfaat.

Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan.
Jika rosak ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.
Oleh itu, tayar ini perlu dijaga dengan sempurna agar pergerakan anda tidak terbatas disebabkan allignment tayar kereta anda tidak seimbang, bunga tayar botak, pancit dan sebagainya.
Cuba periksa tayar kereta anda, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung.
Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut merupakan empat ciri penting penjagaan tayar kereta.
1. Pemilihan saiz tayar yang bertepatan
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
Anda boleh perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
2. Periksa tekanan angin tayar kereta.
Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin (tyre pressure). Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta anda.
Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata berkemungkinan bahagian tepi tayar bermasalah berlaku
3. Lakukan pelarasan tayar (allignment & balancing)
Lakukan pelarasan tayar anda (allignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar dihadapan dan dibelakang.
Ini mengelakkan tayar kereta anda bergegar jika dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi. Malah, untuk pengujian allignment pula bagi mengelakkan kereta anda tidak tertarik sebelah jika anda lepas tangan dan berada seimbang ketika memandu.
4. Elakkan letak tayar bertampal di hadapan kereta
Jika anda ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau bunga haus, elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yang memacu kenderaan anda. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang memandu dalam keadaan yang laju. Jadi, ia boleh dikurangkan masalah ini dengan meletakkan tayar kereta dibelakang.
Gadjet yang canggih sudah tercipta pada zaman dahulu lagi. namun disebabkan rekabentuknya yang kurang ssesuai telah menjadikan gadjet itu telah luput di ingatan dalama lipatan sejarah. namun penemuan mereka ini penting kerana perintis kepada gadjet yang moden pada zaman melenium kini. jom tengok gadjet yang canggih pada zaman dahulu..


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan Promosi Diskaun 50% Tambang MAS ke destinasi popular melalui promosi Pameran Pelancongan Malaysia Airlines 2014.


Promosi berkenaan yang bermula 15 Mei hingga 24 Mei menawarkan tambang murah kepada pelanggan di Malaysia sehingga akhir tahun ini.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan daripada promosi ini dan menempah tiket penerbangan mereka.

"Tempoh penerbangan berlanjutan sehingga akhir tahun, oleh itu ia adalah peluang besar untuk merancang percutian pada hujung tahun," katanya.

Menurutnya, antara destinasi popular ialah London sehingga menyebabkan jualan tiket menjadi sangat menggalakkan danPromosi Diskaun 50% Tambang MAS adalah jalan terbaik untuk penumpang.


"Orang ramai kini boleh terbang ke London daripada hanya RM2,699 pergi dan balik serta Frankfurt daripada RM2,799 pergi balik, manakala destinasi di selatan daripada RM1,999 ke Sydney pergi balik dan daripada RM1,099 ke Perth pergi dan balik," katanya.

Destinasi lain seperti Chennai, Delhi atau Kochi masing-masing daripada RM1,099, RM1,399 dan RM799, untuk tiket kelas ekonomi pergi dan balik.

Sementara itu, tiket pergi dan balik kelas bisnes ke destinasi Eropah daripada RM11,999, RM6,249 ke Sydney dan RM3,099 ke Chennai.

Antara destinasi lain yang ditawarkan diskaun ialah Dubai, Hong Kong, Taipei, Osaka, Darwin, serta Krabi.

Promosi itu boleh ditempah melalui laman sesawang syarikat penerbangan nasional itu di www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan 24 jam 1 300 88 3000, pejabat jualan tiket dan semua agen pelancongan yang mengambil bahagian di Malaysia untuk dapatkan Promosi Diskaun 50% Tambang MAS ini.


Awani

KOTA KINABALU 16 Julai - Persamaan budaya dan bahasa antara masyarakat di negeri ini dengan penduduk di selatan Filipina merupakan cabaran utama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam membanteras segala aktiviti jenayah di perairan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, persamaan itu mendorong pihak musuh untuk menyelinap masuk dan menyamar sebagai rakyat tempatan.

"Persamaan ini merupakan cabaran utama kita untuk mengekang jenayah rentas sempadan termasuk pencerobohan serta penculikan.
"Mereka mudah untuk menyamar menjadi rakyat tempatan," katanya ketika menggulung perbahasan insiden serangan hendap di Pulau Mabul, Semporna dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Esscom memberitahu, kerajaan negeri akan mengambil perhatian tentang apa yang dibahaskan oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung insiden tersebut.
Katanya, setakat ini, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat juga telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengekang jenayah di Esszone.

"Kita telah melakukan penstrukturan semula Esscom. Selain itu, kita menunggu penempatan kapal MISC Bunga Mas 5 yang akan menjadi pusat pertahanan di perairan Esszone.
"Apa yang wakil-wakil rakyat cadangkan untuk menambah baik Esscom akan kita ambil perhatian," katanya.





Tomato adalah buah yang boleh diolah menjadi berbagai macam makanan, salah satunya jus. Bahkan anda boleh mendapatkan berbagai kebaikan jika mengamalkan minum jus tomato secara rutin Berikut adalah kebaikan tomato seperti yang disiarkan oleh majalah Mag for Women.


Menyembuhkan penyakit paru-paru
Jus tomato segar adalah penyembuh semulajadi dari dalam, termasuk meredakan penyakit paru-paru, bronkitis, dan batuk kering(tibi).

Kaya antioksidan
Tomato mengandung lycopene, salah satu jenis antioksidan yang menpunyai khasiat bagi melindungi kulit dari sinar UV matahari, sel tubuh, dan organ penting.

Melancarkan sistem pencernaan
Sebelum makan, seelok eloknya jika jus tomato diminum sebagai makanan pembuka. Fungsinya adalah untuk melancarkan pencernaan

Sumber nutrisi untuk bayi
Vitamin C dan kalium yang terkandung dalam jus tomato sangat baik bagi ibu hamil sebab mereka dapat menyalurkan nutrisi yang penting bayi dalam kandungan

Melawan penyakit kanser
Lycopene juga memiliki kemampuan untuk melindungi DNA dalam sel darah putih, sehingga sistem imun menjadi lebih kuat untuk melawan kanker.

Memberikan tenaga
Kandungan kalium dalam jus tomato boleh mengatasi rasa letih dan lesu. Setelah bersukan, meminum jus tomato sangat dianjurkan jika ingin mendapatkan tenaga dengan cepat.

Mencegah penyakit jantung dari berulang
Kajian mendapati lycopene dalam jus tomato mampu mencegah penyakit jantung dari berulang, pesakit tersebut disarankan minum jus tomato secara teratur.

Baik bagi pengidap kencing manis
Menurut sebuah kajian, jus tomato sangat mujarab dalam melancarkan pembuluh darah. Jus tomato ini sangat baik jika diminum oleh pengidap kencing manis.

Mencegah sembelit
Jus tomato yang dicampur dengan jus bayam bukan sahaja menyehatkan hati, tetapi juga mujarab bagi mencegah sembelit.

credit sibersensasi
Air kelapa, satu hadiah daripada alam semulajadi kerana ia sangat menyegarkan dan berkhasiat untuk tubuh badan serta meremajakan badan dan kulit anda dari luar dan dalam. Di sini, kami ingin kongsikan 8 manfaat air kelapa seperti berikut:

Agen anti-penuaan
Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yang mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit.

Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.

Hidrat dan meremajakan badan anda
Air kelapa mengandungi 94% air dan sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak dan rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim dan asid amino.

Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat.

Menyingkirkan toksin daripada badan
Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin dan mengurangkan keletihan.

Kaya dengan sumber vitamin dan nutrien
Air kelapa adalah sumber yang sangat baik dan semula jadi vitamin dan nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin C dan Vitamin B.

Bermanfaat untuk otot dan sistem saraf
Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot dan membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda.

Bagus untuk kulit
Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik dan krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.

sumber asal disini

 http://my.entertainment.yahoo.com/news/kebaikan-air-kelapa-yang-anda-perlu-tahu-071142849.html

p:s apa lagi...jom pi cari air kelapa p minum....sedapp wooo