Menerusi satu rangkaian televisyen kabel Taiwan, CTI TV, terdapat satu program masakan yang menunjukkan cara mudah untuk melembutkan daging stik setebal 1 cm dalam tempoh 5 minit, dengan hanya menggunakan dua periuk logam dan air sahaja. Di bawah ini akan diajarkan cara mudah tersebut.

1) Pertama sekali, terbalikkan satu periuk logam dan letakkan potongan daging stik di atasnya.

Kredit gambar: CTI TV.

2) Kemudian, isikan air pada periuk logam yang lain dan letakkan ia di atas potongan daging stik sebentar tadi. Isikan air sekadar untuk dijadikan pemberat.

Kredit gambar: CTI TV.

3) Akhir sekali, tunggu beberapa minit supaya potongan daging stik sebentar tadi menjadi lembut.

Kredit gambar: CTI TV.

Bagaimanakah cara mudah ini dapat melembutkan daging? Semuanya berkaitan dengan sains. Sebagaimana yang kita sedia tahu, logam mempunyai ciri pengalir haba yang baik, di mana haba sekeliling boleh dialir untuk melembutkan daging. Dengan meletakkan periuk logam yang diisi air di atas daging ini akan membuatkan lebih banyak haba sekeliling dialirkan seterusnya mempercepatkan proses melembutkan daging.

Menerusi program masakan itu, demonstrasi dijalankan menggunakan daging stik yang mempunyai tebal 1 cm. Daging yang mempunyai tebal 5 cm akan mengambil tempoh lebih kurang 10 minit.
Ada 4 matahari yg diperlihat oleh Allah di Indonesia, apakah alamat dan hikmah yg ingin Allah tunjukan kpd kita, bertaubat tingkatkan amal jauhilah kita dr segala musibah, Astaghfirullahilazim allazilailahaillahuwalhayul qayyum waatubuilaik

KUALA LUMPUR - Tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur.

“Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur.

“Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah. Hanya itu yang kerajaan terlibat, bukan kerana kita mahu menjadi ‘polis moral’ tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam,” katanya dalam temubual eksklusif bersama The Star.

Dalam temubual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

“Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguatkuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian,” katanya.
Ustaz Halim Zakaria menunjuk cara exercise & menyelamatkan ribuan dari penyumbatan jantung .... Sekarang videonya telah menjadi viral dan ribuan pesakit jantung sedang mencari klip ini. Oleh itu tonton klip ini dan cuba latihan ini.  Beberapa orang mendakwa bahawa mereka sakit belakang hilang dalam hanya 7 hari ....
Saban tahun kita sering dikejutkan dengan berita yang menyayat hati dengan kejadian lemas di sungai, kolam, tasik, lombong dan dihanyutkan arus deras. Mengapa ini terjadi? Adakah faktor alam, peralatan, manusia atau pihak berwajib patut disalahkan?


Fenomena Air Pusar

Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu.

Perlu penjelasan

Kadangkala kawasan hilir sungai tidak berlaku hujan lebat, namun hujan lebat dan luar biasa di kawasan hulu. Keadaan ini juga mengakibatkan berlaku fenomena kepala air.

Keadaan ini sangat berbahaya kerana aliran arus dan air yang kuat ini membawa puluhan sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, batu dan sisa batang pokok atau balak yang dibuang di sungai.

Aliran air sungai dan arus yang kuat ini merempuh apa sahaja yang ada di laluannya.

Disebabkan aliran yang kuat inilah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa ketika aliran air yang kuat ini berlaku.

Air pusar atau 'hidraulik' ini berlaku secara semula jadi disebabkan faktor morfologi sungai di kawasan jeram dan faktor ketinggian air. Tidak semua jeram mempunyai pusaran air yang berbahaya.

Berdasarkan pengetahuan, pusaran air ini dapat dikelaskan kepada dua, iaitu jenis 'frowning' dan 'smiling.'

Jenis 'frowning' ini agak berbahaya kerana pusaran air di dalamnya akan menarik apa sahaja objek yang melaluinya ke tengah jeram, manakala jenis 'smiling' ini tidak bahaya kerana objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.

Tanda berlaku fenomena kepala air ini ialah cuaca gelap di hulu sungai (puncak bukit) yang menandakan hujan di kawasan berkenaan.

Air yang meningkat naik secara tiba-tiba, air berubah warna kepada kekuning-kuningan secara tiba-tiba dan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan.

Bagaimanapun, tidak semua tempat atau kawasan seumpama ini mempunyai siren amaran bagi memberi amaran kepada pengguna di kawasan itu.

Pusaran air ini boleh dilihat melalui laluan arus sungai sama ada kuat atau perlahan. Pusaran air ini sering berlaku di kawasan sungai yang mempunyai jeram.

Faktor ketinggian air juga memainkan peranan penting kerana jika berlaku kenaikan air akibat hujan pada hari sebelumnya, kawasan pusaran air menjadi lebih kuat disebabkan arus yang menolaknya.

Kaedah menguji pusaran air itu dengan membuang objek seperti ranting kayu ke pusaran, adalah cara yang amat berguna dan sering digunakan oleh penggiat kayak dan rafting arus deras.

Jika objek yang dibuang ke dalam pusaran itu tidak ditolak keluar, menandakan pusaran air berkenaan berbahaya kerana pusaran air menarik objek yang melalui kawasan itu.

INFO: Punca Lemas

Pusaran air
  • Terhasil dari pertemuan arus berlawanan.
  • Memiliki aliran air ke bawah secara vertikal.
  • Mangsa seolah-olah ditarik ke bawah.
  • Pusaran kecil hanya berlaku di kawasan air terjun.
  • Menghasilkan pusaran berskala kuat.
  • Kawasan sempit menghasilkan pusaran kuat.

Tanda terdapat pusaran air
  • Sering berlaku di sungai yang mempunyai jeram.
  • Ketinggian air selepas hujan penentu kekuatan pusaran.
  • Uji kawasan dengan membuang objek seperti ranting kayu.
  • Jika objek itu tidak ditolak keluar menandakan air berkenaan bahaya.

Terbahagi kepada dua

1. Frowning
  • Berbahaya.
  • Pusaran air akan menarik apa sahaja objek yang melalui ke tengah jeram.

2. Smiling
  • Tidak bahaya.
  • Objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.

Kepala air
  • Gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar.
  • Mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
  • Lazimnya berpunca takungan daripada hujan lebat di hulu sungai.
  • Amat bahaya kerana ia menghasilkan arus besar dan deras.

Semoga memberi manfaat.

Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan.
Jika rosak ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.
Oleh itu, tayar ini perlu dijaga dengan sempurna agar pergerakan anda tidak terbatas disebabkan allignment tayar kereta anda tidak seimbang, bunga tayar botak, pancit dan sebagainya.
Cuba periksa tayar kereta anda, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung.
Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut merupakan empat ciri penting penjagaan tayar kereta.
1. Pemilihan saiz tayar yang bertepatan
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
Anda boleh perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
2. Periksa tekanan angin tayar kereta.
Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin (tyre pressure). Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta anda.
Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata berkemungkinan bahagian tepi tayar bermasalah berlaku
3. Lakukan pelarasan tayar (allignment & balancing)
Lakukan pelarasan tayar anda (allignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar dihadapan dan dibelakang.
Ini mengelakkan tayar kereta anda bergegar jika dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi. Malah, untuk pengujian allignment pula bagi mengelakkan kereta anda tidak tertarik sebelah jika anda lepas tangan dan berada seimbang ketika memandu.
4. Elakkan letak tayar bertampal di hadapan kereta
Jika anda ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau bunga haus, elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yang memacu kenderaan anda. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang memandu dalam keadaan yang laju. Jadi, ia boleh dikurangkan masalah ini dengan meletakkan tayar kereta dibelakang.
Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi menjadi orang pertama yang dilucutkan warganegara kehormat Kanada kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.
Tindakan itu dibuat secara ras­mi selepas anggota Senat me­ngundi untuk membatalkan secara simbolik keistimewaannya itu. 


Dewan Rakyat juga telah meluluskan usul itu berkuat kuasa minggu lalu.
Dewan Rakyat memberikan keistimewaan tersebut kepada Suu Kyi pada 2017 namun reputasinya tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kekejaman terhadap etnik Rohingya.


Sementara itu, Pakar Undang-Undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah me­nyuarakan kebimbangan terhadap rancangan India untuk menghantar pulang tujuh Ro­hingya ke Myanmar.
Kesemua mereka ditahan di sebuah penjara di negeri Assam atas tuduhan memasuki India secara haram dan akan dihantar pulang hari ini, me­nurut pelapor Khas PBB berkaitan perkauman, Tendayi Achiume.
“Melihat identiti mereka, ini adalah penolakan terhadap hak untuk mendapatkan perlin­dungan dan boleh menjadi orang bu­angan,” kata profesor undang-undang itu dalam satu kenyataan.




Punca enam anggota bomba daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor terkorban ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini semalam.


lima minit berada di dalam air, tiba-tiba datang arus deras yang mengakibatkan semua mangsa terbelit tali yang turut dikatakan menjadi punca peralatan menyelam yang dipakai tertanggal.

Selepas 30 minit, mereka berjaya menarik kesemua mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. 


Anggota paramedik yang turut berada di lokasi cuba memberi rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit namun tiada tindak balas dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia


KUCHING 5 Okt. - Gara-gara terpedaya dengan janji manis lelaki mendakwa diri warga Eropah, seorang guru wanita kerugian RM5,500 akibat diperdaya sindiket penipuan bungkusan atau 'parcel scam'.
Kejadian berlaku antara 27 September hingga 2 Oktober lalu, namun wanita berusia 53 tahun itu hanya membuat laporan polis, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang lelaki kononnya berasal Eropah menerusi laman sosial Facebook.
Jelas beliau, suspek yang menyamar menggunakan Andrew telah berjanji memberikan bungkusan hadiah kepada guru tersebut.
"Namun, mangsa diminta membayar sebanyak RM1,500 bagi mendapatkan bungkusan berkenaan dengan alasan membayar pihak berkuasa supaya barangan tersebut dilepaskan.
"Selepas mangsa mula mempercayai suspek, dia telah memasukkan wang RM1,500 melalui akaun bank diberikan oleh sindiket berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustafa memberitahu, setelah wanita itu memasukkan wang, mangsa sekali lagi dihubungi untuk membuat pembayaran berjumlah RM4,000 untuk mendapatkan hadiah tersebut.
Katanya, mangsa mendakwa meskipun sudah membuat dua transaksi ke dalam akaun bank suspek, namun tiada sebarang hadiah diterima seperti dijanjikan.
"Menyedari diperdayakan lelaki terbabit, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu secara samaran," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Utusan Melayu (M) Bhd 
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
UALA LUMPUR 30 Sept. - Kecoh dunia hiburan tanah air apabila pelakon popular, Nora Danish memuat naik gambar dengan penampilan berkepala botak dalam laman sosial Instagramnya pagi tadi.
Penampilan Nora Danish untuk telemovie , Hingga Jumpa Lagi yang kini dalam penggambaran.
Nora ketika dihubungi Utusan Online berkata, penampilan tersebut adalah demi menjayakan watak Eva yang merupakan seorang pesakit kanser rahim tahap empat untuk telemovie lakonan terkininya, Hingga Jumpa Lagi.
'memang teruja apabila diberitahu watak Eva ini memerlukan saya untuk botak. Malah bukan mudah untuk melakonkan watak Eva ini. Banyak main emosi dan watak yang cukup berat.
“Tapi sebagai pelakon, saya memang suka membawa watak berat dan mencabar. Kena banyak bermain dengan jiwa. Walaupun (watak) berdepan ujian tetapi kena positif.
“Saya harap dengan watak Eva ini, pesakit kanser sedikit sebanyak mengambil kekuatan daripada telemovie tersebut. Teruskan kehidupan dan saya doakan anda semua kuat,” katanya.
Telemovie Hingga Jumpa Lagi yang diterbitkan KL Motion Pictures itu bakal ditayangkan di Astro dan turut dibintangi pelakon Kamal Adli serta mendapat sentuhan pengarah, Wan Hasliza.
Membuka lembaran sejarah industri seni tanah air, pelakon, Sharifah Amani pernah membotakkan kepalanya demi watak Rohani dalam filem Muallaf sekitar
© Utusan Melayu (M) Bhd 
ERKAHWIN ketika berusia 18 tahun dan bertahan selama sebulan merupakan kisah yang tak mungkin dapat dilupakan oleh penyanyi Cita Citata.
Dia yang kini berusia 21 tahun enggan terus dibelenggu rasa kekecewaan dek kerana kegagalan tersebut. Baginya meski perkara itu perit untuk ditelan, segala-galanya dilalui dengan tenang oleh penyanyi yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Disini.

Tidak dinafikan perkara tersebut langsung tidak menjejaskan kerjaya saya ketika ini. Tidak ada apa yang harus dikesalkan memandangkan dia menjadikan perkara tersebut sebagai pengalaman paling berharga.
"Saya bernikah ketika berusia 18 tahun dan perkahwinan tersebut tidak kekal lama. Saya diceraikan ketika itu mengikut hukum Islam selepas itu suami terus menghilangkan diri tanpa khabar berita.
“Tapi bila saya sudah bergelar penyanyi, baru dia muncul semula. Sebelum ini dia tidak pernah mempedulikan saya dan baru-baru ini dia mengaku saya isterinya pula,” ungkap Citata lagi.
Menganggap perkara itu rahmat besar buat dirinya, mereka akhirnya ke Pengadilan Agama (Mahkamah Syariah) bagi mengesahkan penceraian yang sudah dilafazkan tiga tahun lalu.
Tambahnya perkara tersebut langsung tidak membuatkan dia serik dengan perkahwinan tetapi menjadikannya semakin berhati-hati selepas ini.
Menyifatkan perkahwinan yang dibina dalam usia muda itu sebagai satu perkara yang tidak disangka-sangka, Citata menegaskan perkahwinan itu berlaku dalam keadaan yang kurang bersedia.
“Mahu kata kami tak ada rasa cinta, semuanya berlaku atas dasar cinta. Sebetulnya kami sama-sama belum bersedia untuk melayari kehidupan berumah tangga sebenarnya.
“Dia sendiri terus menghilangkan diri selepas itu dan saya menjalani kehidupan sendirian. Tidak mudah sebenarnya bergelar janda di usia muda tetapi saya mengharungi dengan baik,” katanya yang menyifatkan dirinya sebagai ‘kandas di zaman remaja’.
Tuah
MELIHATKAN sambutan yang diterima melalui lagu tersebut, Citata tidak menyangka lagu Sakitnya Tuh Disini akan meledak di Malaysia meskipun belum pernah mengadakan promosi sebelum ini.
“Saya bersyukur kerana lagu ini diterima baik walaupun orang tidak mengenali siapa Cita Citata. Kehadiran saya ke Kuala Lumpur sudah membuktikan perjuangan saya di jalan yang benar.
“Orang mungkin tak menyangka lagu dangdut seperti ini boleh meledak dan menjadi fenomena. Nampaknya dangdut semakin diterima tanpa sebarang perbezaan dengan genre lain,” ungkap Citata lagi.
Sejak berada di pasaran beberapa bulan yang lalu, album Sakitnya Tuh Disini sudah pun terjual sebanyak 40,000 unit dan menjadikan album tersebut paling laris edaran melalui Tropic Jaya Entertaiment Sdn. Bhd..
Walaupun dangdut kerap kali dikaitkan dengan goyangan erotik dan berunsur seksual, Citata tidak mahu peminat skeptikal dengan perkara berkenaan.
Baginya dangdut yang dibawa olehnya lebih moden dan bersifat universal jika mahu dibandingkan dengan dangdut yang dinyanyikan oleh penyanyi terdahulu.
“Orang sering menganggap dangdut sebagai muzik pertengahan usia dan lebih berunsur seksual. Saya mahu mengubah persepsi itu dan menjadikan dangdut muzik yang diterima ramai.
“Semasa awal pembabitan dahulu saya sudah memberitahu pihak syarikat rakaman agar menghasilkan muzik yang lebih segar dan moden. Hasilnya seperti yang ada dalam album Sakitnya Tuh Disini,” jelas Citata lagi.
Akui anak bongsu daripada enam beradik ini, dia tidak menyangka percaturan untuk menjadi penyanyi dangdut akan menjadikannya masyhur di Indonesia sehingga ke beberapa negara yang lain.
Terbaharu, Citata akan mengadakan konsert mini di Plaza Angsana Johor Bahru pada 9 Mei (5 petang) dan di Menara Kuala Lumpur sehari selepas itu. - Foto SYEFRY MONIZ



© Utusan Melayu (M) Bhd