KISAH KUCING KASIHKAN TUANNYA SEHINGGA AKHIR HAYAT

reniastutik | 8:31 AM | 0 comments

kisah cinta agung kepada tuannya sangat memberi inspirasi kepada semua manusia yang melihat keaadaan ini. Bayangkan ketika semua ahli keluarga dan sahabat hamdai pulang selepas talkin. kucing yang seekor ini masih menanti ditepian kubur yang masih merah tanahnya. Disini kita dapat lihat betapa agungnya kucing sejenis binatang yang sangat penyayang dan sentiasa merindui tuannya yang membantu menjaga ketika kecil hingga besar.

Dalam sejarah islam juga. Kucing adalah haiwan yang sangat istimewa. Rasulullah S.A.W juga sangat menyayangi kucing. Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu Hirairah r.a (Bapa Kucinng). Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana dia gemar bermain dengan anak kucing.

Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.  Abu Hurairah ini adalah seorang perawi hadith dan salah seorang daripada sahabat Baginda yang sering mendampingi Banginda kemana jua.

Dalam satu lagi kisah, Rasulullah S.A.W juga pernah mencela seorang gadis yang menyeksa kucing sehingga kucing itu mati. Wanita itu tidak memberi makan kepada kucing itu, mengurungi kucing itu dan tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan sendiri. Ada sesetengah Ulama' juga berpendapat bahawa wang hasil penjualan adalah dilarang.
Oleh yang demikian..janganlah kita menganiayai kucing. Sayangilah dan peliharalah haiwan kesayangan rasullah dan sahabatnya.... sekian...wallahualam..

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments