FENOMENA JENAYAH UGUT GAMBAR Bo#@@ DAN LUCAH
Jenayah cyber ini bermula lagi. Kali ini memfokus kepada semua gadis atau wanita yang keseorangan dan mudah dipujuk rayu. Perkenalan di laman Facebook sebelum masing-masing bertukar gambar tanpa seurat benang dan membuat panggilan video.
Terdapat juga taktik terbaru yang menggunakan teknik edit atau 'super-imposed' yang mana walaupun mangsa enggan bertukar gambar, suspek akan menggunakan teknik tersebut untuk menghasilkan gambar Bo#@@ dan seterusnya mengugut mangsa.
Perlu diingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket tersebut dan segera membuat laporan polis sekiranya ada cubaan yang dibuat pihak tertentu yang berbaur ugutan.
Masyarakat kini perlu peka bahawa medium sosial boleh membawa padah jika gagal mengawal diri dan kurang bijak dalam mengenalpasti jenayah cyber.
Category: jenayah
0 comments