REMAJA 16 TAHUN MENJALIN HUBUNGAN DENGAN BINI TENTERA
Kajang: Cemburu buta melampau menyebabkan seorang anggota tentera
mengamuk lalu membelasah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang
disyaki menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
Menurutnya, suspek dikatakan muncul di kedai fabrik milik isterinya dengan tujuan untuk berjumpa wanita terbabit.
Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, anggota tentera berusia 30-an
itu dikatakan menyerang mangsa menggunakan topi keledar di sebuah kedai
fabrik di Beranang di sini, menyebabkan remaja terbabit mengalami
kecederaan serius di kepala dan tubuh.
Sumber polis berkata, hasil siasatan mendapati suspek dan isterinya itu
menghadapi masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian.
“Bagaimanapun isteri suspek berkeras enggan berjumpa suaminya itu berikutan bimbang pergaduhan tercetus.
“Tindakan wanita terbabit menyebabkan suspek ‘naik angin’ apatah lagi
selepas mendapati seorang remaja lelaki belasan tahun turut bekerja di
premis isterinya itu,” katanya.
Menurutnya, suspek yang cemburu dan menuduh isterinya menjalin hubungan
sulit dengan remaja terbabit memukul remaja lelaki itu berulang kali
menggunakan topi keledar.
“Mangsa dihentam berulang kali di muka dan tubuhnya menggunakan topi keledar hingga cedera.
Suspek yang puas memukul mangsa kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.
Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Beranang di sini, sebelum mendapatkan rawatan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab
Wahab yang dihubungi berkata, pihaknya segera menjalankan siasatan
terhadap kes itu sebelum mengesan dan memberkas suspek pada hari sama.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
sumber
Category: GILA
0 comments