MH 17:PEMBERONTAK MELARIKAN 198 MAYAT UNTUK HILANGKAN BUKTI?

Unknown | 6:06 PM | 0 comments

GRABOVE, Ukraine 20 Julai - Kumpulan pemberontak pro-Rusia bertindak melampau apabila dilapor 'membawa lari' kesemua 196 mayat penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikumpulkan ke sebuah lokasi rahsia, hari ini.
Perkara itu disaksikan sendiri beberapa wartawan Associated Press yang menyatakan anggota kumpulan bersenjata tersebut melonggokkan bungkusan-bungkusan mayat terbabit ke dalam beberapa buah trak sebelum dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Mayat-mayat itu dipercayai dibawa ke Donetsk, bandar dikuasai kumpulan pemberontak pro-Rusia.
Seorang kakitangan kecemasan Ukraine, Alexander Pilyushny yang bertugas di lokasi kejadian berkata, dia tiada pilihan selain menyerahkan mayat penumpang MH17 kepada kumpulan pemberontak kerana mereka memiliki senjata.

Mayat-mayat itu dikumpulkan semalam oleh kakitangan kecemasan Ukraine.
Pagi ini, tiada lagi kelibat mayat dilihat di lokasi kejadian dan kakitangan kecemasan hanya mengumpulkan cebisan mayat yang dijumpai.

Jurucakap Kementerian Kecemasan Ukraine, Nataliya Bystro berkata, kakitangannya diugut anggota kumpulan pemberontak supaya menyerahkan mayat penumpang MH17 kepada mereka.
"Lokasi mayat dibawa tidak diketahui," katanya.

Bystro dan Pilyushny juga tidak dapat menjelaskan nasib 102 lagi mayat penumpang yang masih belum dijumpai.
Anggota pemberontak pro-Rusia yang mengawal kawasan tragedi berkenaan juga tiada lagi di sana selain tiang-tiang yang menandakan penemuan mayat-mayat tersebut di kawasan itu juga telah dibuang.

Jurucakap kumpulan pemantau antarabangsa di lokasi kejadian, Iryna Gudyma pula berkata, mayat-mayat itu kemudian dibawa menaiki kereta api di bandar dikuasai kumpulan pemberontak di Torez, kira-kira 15 kilometer dari lokasi MH17 ditembak jatuh.

Belanda menerusi Menteri Luarnya, Frans Timmermans menyatakan kemarahan berhubung cara mayat penumpang MH17 diperlakukan kerana ada laporan menyatakan mayat mangsa diseret.
"Kami dimaklumkan bahawa mayat-mayat tidak diuruskan dengan baik. Perkara ini mengejutkan kami di Belanda," katanya. - AGENSI/AFP

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments