POLIS HENTIKAN SISATAN KES BINI PELAKON EZANY YANG DIDAKWA LARI
Polis mengangap perkara seperti ini hanya pergolakan rumahtangga.
bini pelakon terbabait berada di kota kinabalu. Polis hentikan siasatan lanjut berkenaan kes ini.
Polis tidak meneruskan siasatan terhadap pelakon Ezany Nizarif yang
mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki dari rumah mereka di Seri
Kembangan dekat sini pada 16 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata,
siasatan pihaknya mendapati kes itu hanya pergolakan rumah tangga antara
pelakon itu dan isterinya.
"Setakat ini tiada sebarang tindakan yang boleh diambil oleh pihak
kami. Pihak polis hanya menerima laporan polis dibuat pelakon tersebut.
"Keputusan selanjutnya terserah kepada pelakon itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, pelakon dan juga usahawan, Ezany, 44, atau nama sebenarnya
Mohd. Zani @ Zohiri Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis
Kinrara, Serdang setelah mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki.
Sementara itu, Ezany Nizariff ketika dihubungi berkata, isterinya
berjaya dikesan di Kota Kinabalu, oleh pihak polis yang melakukan
siasatan.
Katanya, polis mengesan kedudukan isterinya yang menghilangkan diri sejak Khamis lalu menerusi isyarat telefon bimbitnya.
"Apapun yang sedang berlaku, saya bersyukur jika dia berada dalam
keadaan selamat kerana dialah ibu kepada dua anak saya," katanya.
Khamis lalu, ketika Ezany Nizariff bangun daripada tidur kira-kira
pukul 4.30 pagi untuk bersahur, dia menyedari isterinya telah tiada di
sisi dan mendapati pintu utama rumahnya di Seri Kembangan, Selangor
tidak berkunci.
Category: HIBURAN
0 comments