MH17: RAKYAT , WARTAWAN ASING, RUSSIA DAN NEGARA LUAR MEMUJI KAEDAH MALAYSIA DALAM MENAGANI INSIDEN MH17
Rundingan antara Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dengan pemimpin kanan pemberontak pro-Rusia, Alexander
Borodai wajar diberi pujian kerana pendekatan diplomasi yang diambil
pemimpin negara itu berjaya membuka jalan penyelesaian berhubung nahas
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
PIHAK AKADEMIK
Pengarah Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Kamarulnizam Abdullah berkata, dasar terbuka yang diamalkan negara ini menjadi kunci utama dalam mendapatkan kotak hitam pesawat, tuntutan mayat mangsa dan jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas bagi menjalankan siasatan.Katanya, pihak pemberontak pro-Rusia itu percaya akan kemampuan negara ini dalam menguruskan siasatan nahas itu dan mahu negara menjadi pengantara kepada mereka dan negara Barat lain.
"Najib berjaya mewujudkan hubungan dengan pemimpin pemberontak dan tindakan Malaysia tidak menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sebaliknya mengambil pendekatan diplomatik berjaya meyakinkan mereka.
"Langkah itu nyata berbeza dengan tindakan negara lain yang saling menuding jari tanpa melakukan penyiasatan terperinci mengenai nahas. Itu mungkin menjadi faktor mengapa pemberontak enggan bekerjasama dengan negara berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Penganalisis Geopolitik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Perdana Menteri dengan menghubungi beberapa pemimpin dunia dan pemberontak adalah satu tindakan yang tepat.
"Usaha berterusan Najib sejak berlakunya nahas pesawat tersebut ternyata berhasil apabila pihak pemberontak bersetuju dengan rundingan yang dijalankan.
"Ini menunjukkan bahawa suara kita bukan sahaja didengar oleh negara lain malah puak pemisah di Ukraine turut mengakui kredibiliti negara kita dalam menyelesaikan konflik yang berlaku," katanya.
WARTAWAN ASING
Category: MH17
0 comments