NAZMI KUATKAN SAYAP RED GIANT

Sambil mengakui kehadiran Nazmi bakal memberi memberi nafas baru kepada jentera tengah Selangor yang kehilangan khidmat seorang lagi pemain kebangsaan, K Gurusamy yang terpaksa berehat 6 bulan akibat kecederaan ACL, Rosman yakin akan impak yang dapat diberikan oleh anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini.
Umum mengetahui kualiti yang dimiliki Nazmi. Kami berharap beliau akan dapat menyesuaikan diri dengan corak taktikal jurulatih (Mehmet Durakovic) dan membentuk persefahaman jitu bersama rakan-rakan sepasukan yang lain.Paling penting, sebagai pemain muda yang meningkat naik, disiplin tinggi dan keinginan untuk bekerja kuat diperlukan bagi meningkatkan lagi mutu permainan beliau.
Kami yakin, jika semua itu dapat beliau tunjukkan, tidak mustahil kehadirannya akan membantu Selangor menjulang kejuaraan musim ini, tambah Rosman lagi.
Baru berusia 20 tahun, Nazmi akan memakai jersi nombor 8 dan dijangka memulakan latihan pertama bersama skuad Merah Kuning esok biarpun tidak akan bermain dalam aksi terakhir Selangor dalam saingan Piala AFC menentang Maziya Sports & Recreation, Rabu ini.
*Sumber : Selangor FA
Category: SUKAN
0 comments