MEWAH LUFYA BUKAN DITAJA HOKKEYY

Unknown | 8:59 PM | 0 comments

KATA LUFYA kehidupan mewah yang dilaluinya merupakan usaha diri sendiri, bukan ditaja oleh sesiapa.

SATU demi satu kontroversi yang melanda pelakon dan penyanyi yang lahir daripada program realiti televisyen Akademi Fantasia Lutfyah Sheikh Omar, 29, atau lebih mesra disapa Lufya.

Perseteruannya dengan pelakon Zarina Anjoulie bukan satu rahsia, malah sejak bertahun-tahun lamanya, Lufya dan Zarina sering berselisih pendapat hanya kerana dikatakan mempunyai wajah hampir seiras.
Kini pelantun lagu Diam itu dikaitkan pula dengan kontroversi bercinta dengan seorang lelaki berketurunan kerabat Diraja.
Lufya yang ternyata kesal dengan sikap segelintir pihak media yang cuba mengekploitasi kenyataannya itu telah mengakibatkan hubungan persahabatan diantara dia dan lelaki itu terjejas.
Kontroversi tersebut semakin panas apabila Lufya dikatakan telah memakai dan menggunakan barangan mewah termasuk beg tangan sekali gus mengiyakan gosip tersebut.
Berjumpa tuan empunya badan pada sidang akhbar program Astro Juara Joran baru-baru ini di Restoran Fish N Co. Pavillion Kuala Lumpur, Kosmo! cuba mendengar keluhan daripada salah seorang peserta Juara Joran tersebut.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelakon yang pernah membintangi Awekku Bukan Awekmu itu.
Kosmo!: Benarkah dakwaan yang mengatakan Lufya menjalinkan percintaan dengan seorang lelaki yang terdiri daripada golongan kerabat diraja?
Pada mulanya, sebuah akhbar cuba untuk menemubual saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung hubungan saya dengan lelaki tersebut dan saya cuba mengatakan kami hanya berkawan sahaja, tidak lebih daripada itu. Namun demikian segalanya berubah apabila perkara ini menjadi serius.
Bagaimanakah perasaan anda apabila timbul isu sebegini?
Saya amat berasa kesal dan saya merasakan pihak media telah mengekploitasi kenyataan saya. Saya tidak sangka perkara ini menjadi serius sehingga menjejaskan perhubungan kami.
Lufya, ada yang mendakwa kehidupan anda nampak mewah. Hal tersebut telah mengiyakan kontroversi tersebut. Adakah benar anda menggunakan wang lelaki itu untuk membeli barangan mewah tersebut?
Saya tidak faham mengapa orang mengaitkan saya dengan isu tersebut. Ibu bapa saya bukanlah daripada golongan berada tetapi saya sendiri yang berusaha keras mengumpul duit. Justeru, saya rasa tidak salah untuk menghadiahkan sendiri diri saya dengan barangan tersebut.
Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kontroversi tersebut?
Selepas ini mungkin saya akan berhati-hati dengan kenyataan dan hal berkaitan peribadi. Saya telah merancang dengan rapi perjalanan karier saya. Namun dengan tiba-tiba hal ini timbul. Saya pernah terfikir untuk meninggalkan industri ini, namun demikian, saya rasa ia merupakan salah satu harga yang perlu dibayar untuk menjadi anak seni.
Boleh anda bercerita sedikit mengenai perkembangan terbaharu anda?
Saya kini baru sahaja selesai daripada penggambaran drama Ramadan Jangan Pergi yang akan disiarkan pada bulan Ramadan ini dan juga saya juga terlibat dalam beberapa telemovie termasuk Nenekku Ranggi dan Jalan Kembali.
Boleh anda ceritakan sedikit karier anda dalam bidang nyanyian?
Saya kini baru sahaja dalam rangka promosi single Doaku yang menjadi lagu runut bunyi drama Ramadan Jangan Pergi. Lagu tersebut sangat bermakna kepada saya kerana pengorbanan saya menghabiskan masa di studio akhirnya dirasakan berbaloi. Saya juga merupakan penulis lirik bagi lagu tersebut.
KOSMO!

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments