MH17: MENGGUNAKAN LALUAN UDARA YANG YANG SAH
KUALA LUMPUR 18 Julai - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan dakwaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tidak menggunakan laluan yang betul adalah tidak benar sama sekali.
Beliau mengesahkan terdapat beberapa pesawat lain milik Thai Airways dan dari Turkmenistan melalui laluan sama sebelum MH17, malah selepas itu sebuah lagi pesawat MAS, MH3 turut melalui laluan tersebut.
"Saya boleh mengesahkan bahawa beberapa pesawat iaitu dari Thai Airways dan Turkimestan telah lalu kawasan itu sebelum (dilalui) pesawat kita, malah MH3, pesawat kita juga melalui selepas MH17.
"Jadi, spekulasi mengatakan bahawa pesawat berkenaan tidak melalui laluan ditetapkan adalah tidak benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2014 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
Category: MH17
0 comments