Mana duit gaji saya?
TINDAKAN pelakon Zizan Razak membekukan akaun syarikat Wirefame Entertainment (WFE) Sdn. Bhd. mendapat tentangan hebat daripada artis naungan mereka.Antaranya, Johan Asari dan Kaka Azraf. Berikutan kejadian itu, Hits cuba mendapatkan Johan Asari. Kata Johan, tindakan Zizan itu sebenarnya sangat menyusahkan orang lain.
Johan dalam pada itu juga bercerita mengenai isu pembubaran kelab peminatnya.
HITS: Selepas pembekuan akaun syarikat, bagaimana dengan kehidupan?
JOHAN: Akibat tindakan Zizan, saya tidak dapat menerima pendapatan dari bulan Mei. Hingga sekarang pun saya belum menerima sebarang bayaran. Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri.
Pernah hubungi Zizan untuk mengetahui apa yang berlaku?
Ya, saya ada hubungi Zizan menerusi aplikasi Whatsapp tetapi saya tidak boleh kongsikan isi kandungannya. Biarlah hanya saya dan Zizan sahaja yang tahu.
Tapi, tidak kisah dengan duit awak yang belum diperolehi?
Siapa kata saya tidak kisah? Saya memang memerlukan wang tersebut memandangkan Hari Raya tidak lama lagi. Kalau boleh cepat-cepatlah isu itu diselesaikan. Susah juga saya kalau tiada duit.
Jadi, apa tindakan awak selepas isu itu timbul?
Setakat ini, saya dan Kaka membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya pada 25 Jun lalu. Saya memang bengang kerana perbuatan dia (Zizan), benar-benar menyusahkan kami di WFE. Kebetulan saya memerlukan wang untuk keperluan harian selain melangsaikan bil hospital ibu yang sedang sakit.
Berdendam dengan Zizan?
Tidak, saya tidak berdendam dengan dia malah tidak membenci dia tetapi membenci tindakannya. Saya sayangkan dia cuma terkilan, kerana dia kawan kami. Sebagai seorang pengarah syarikat, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat tindakan.
Bagaimana dengan kontrak awak bersama WFE?
Kontrak saya dengan WFE sudah pun tamat pada Mei lalu dan dalam proses untuk memperbaharuinya. Tapi, buat masa sekarang saya hanya nak tunggu penutup kepada masalah ini. Kemudian barulah saya akan memikirkan semula sama ada mahu menyambung kontrak dengan syarikat itu atau tidak.
Awak akan bergerak sendiri?
Saya masih tidak berniat untuk bergerak sendiri. Saya masih mempertimbangkan dan mungkin akan setia bersama WFE.
Beralih dengan kelab peminat awak, kenapa dibubarkan pula?
Kelab Peminat Johan Asari (JAFC) masih ada dan belum dibubarkan. Saya masih sayangkan kelab peminat saya. Kenapa perlu bubar? Semua itu salah faham. Sebenarnya, pengurus kelab yang ingin meletakkan jawatan atas urusan peribadi dan tempatnya akan digantikan oleh ahli-ahli lain yang masih aktif.
Bagaimana dengan aktiviti bulan puasa awak dan apakah perkembangan terkini awak?
Bulan puasa saya hanya berehat. Saya baru sahaja habis penggambaran Kanang Anak Langkau yang dijalankan di sekitar Perak. Selain itu, saya akan muncul dalam filem Juvana 2 dan Juvana 3, Tujuh, Gangster Superstar serta Ophilia.

Category: HIBURAN
0 comments