Lanun samun kapal tangki di Laut China Selatan

Unknown | 6:26 PM | 0 comments

JOHOR BAHRU 16 Julai - Sebuah kapal tangki, MT Oriental Glory yang dalam perjalanan dari Singapura ke Sandakan, Sabah disamun sekumpulan lanun di sekitar perairan timur Johor di Laut China Selatan dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian tersebut, MT Oriental Glory yang berdaftar di negara ini dan dimiliki oleh syarikat dari Sibu, Sarawak iaitu Grolite Shipping Sdn. Bhd. membawa muatan minyak marin sebanyak 2.5 juta tan liter bersama 15 anak kapal.
Kejadian berlaku di Tanjung Penyusop telah ditawan lanun kira-kira pukul 11.45 malam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengurusan Media TLDM, kumpulan lanun berkenaan telah mencuri muatan minyak sebanyak 1.6 juta liter minyak marin, wang tunai RM15,000 serta merosakkan peralatan navigasi, komunikasi dan kawalan jentera utama kapal sebelum meninggalkan kapal itu.

Pengarahnya, Komander Ismail Othman berkata, kapal KD Terengganu yang sedang menjalankan rondaan di perairan Batuan Tengah dengan segera telah digerakkan sebaik sahaja menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 10.30 pagi ini.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi dua jam kemudian, KD Terengganu berjaya menghubungi kapal tersebut melalui radio sebelum menaiki kapal berkenaan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, tiada kecederaan serius dialami oleh anak kapal dalam kejadian tersebut.

Katanya, sauh kapal berkenaan yang dilabuhkan perompak tidak dapat dinaikkan kerana mesin menaikkan sauh berkenaan telah dirosakkan.
KD Terengganu kemudiannya membantu menggerakkan Oriental Glory ke pesisiran pantai memandangkan kapal mengalami kerosakan akibat insiden tersebut.

Sebelum ini, KD Terengganu pernah menyelamatkan sebuah kapal tangki MT Ai Maru yang membawa 1,000 tan metrik minyak yang ditawan lanun pada 14 Jun lalu di selatan Pulau Aur, Johor.


Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments