Aung San Suu Kyi dilucut kerakyatan kehormat Kanada Sebab Perangai Lahanat
Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi menjadi orang pertama yang dilucutkan warganegara kehormat Kanada kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.
Tindakan itu dibuat secara rasmi selepas anggota Senat mengundi untuk membatalkan secara simbolik keistimewaannya itu.
Dewan Rakyat juga telah meluluskan usul itu berkuat kuasa minggu lalu.
Dewan Rakyat memberikan keistimewaan tersebut kepada Suu Kyi pada 2017 namun reputasinya tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kekejaman terhadap etnik Rohingya.
Sementara itu, Pakar Undang-Undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan India untuk menghantar pulang tujuh Rohingya ke Myanmar.
Kesemua mereka ditahan di sebuah penjara di negeri Assam atas tuduhan memasuki India secara haram dan akan dihantar pulang hari ini, menurut pelapor Khas PBB berkaitan perkauman, Tendayi Achiume.
“Melihat identiti mereka, ini adalah penolakan terhadap hak untuk mendapatkan perlindungan dan boleh menjadi orang buangan,” kata profesor undang-undang itu dalam satu kenyataan.
Category: jenayah
0 comments