KERUNTUHAN NILAI REMAJA MELAYU DAN PUNCANYA
kurang didikan ibu bapa yang tidak sempurna. Tambahan pula banyak ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka sehinggakan anak-anak mereka terabai. kadangkala ibu bapa tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak2 mereka seperti mengunakan perkataan yang kasar seperti carutan ketika berinteraksi dengan anak-anak sehinggakan anak mereka mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. tetapi kita tidak blh salahkan 100% juga kepada ibu bapa mereka. pergaulan remaja sekarang juga sangat mebimbangkan kerana terdapat rakan yang hanya memberi pengaruh yang negatif. tetapi jika remaja itu sendiri tahu menilai yang mana buruk dan baiknya meraka mungkin dapat menhindari pengaruh-pengaruh negatif itu sendiri.
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebihmemahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramaipara remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial dalam kalangan remaja. Walaupun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalumemberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak dipeduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka.Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini.
Category: RENUNGAN
0 comments