Anggota Polis Status Suami Orang Diburu Kerana Melakukan Seks Terhadap Remaja Berusia 14
Difahamkan, pada hari kejadian, anggota berjawatan konstabel berusia 28 tahun itu dikatakan menjemput mangsa dari sebuah sebuah rumah di Skudai, kira-kira jam 3 pagi sebelum membawanya pulang ke bilik sewanya di Jalan Wong Ah Fook di sini.
Mereka dikatakan berkenalan menerusi aplikasi sembang digital WeChat, kira-kira dua minggu lalu sebelum bertemu kali pertama pada hari kejadian.Sumber berkata, ketika berada di bilik sewa berkenaan, mereka dikatakan hanya bersembang sebelum lelaki terbabit memujuk mangsa mengadakan hubungan seks.
Menurutnya, remaja berusia 14 tahun itu tidak menolak ajakan suspek sebelum mereka dikatakan tertidur selepas mengadakan hubungan seks.Katanya, mangsa sekali lagi mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang sudah beristeri itu kira-kira jam 2 petang di tempat dan hari yang sama.
“Mereka kemudian terus melepak di bilik sewa berkenaan hingga jam 10 malam apabila rakan mangsa menghubungi memaklumkan yang bapanya sedang mencari.“Remaja berkenaan yang panik terus keluar dari bilik sewa berkenaan sebelum bertemu bapanya tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.
Selepas menceritakan kejadian yang berlaku, remaja berkenaan dibawa bapanya membuat laporan di Balai Polis Sentral pada jam 11.21 malam hari sama.Difahamkan, anggota terbabit tinggal seorang diri di bilik sewa berkenaan kerana isterinya berada di Sarawak.
Lelaki berkenaan dikatakan sudah tidak hadir bertugas sejak 19 April lalu menyebabkan penyelianya sudah membuat lima laporan polis berikutan kegagalannya bertugas.Menurut sumber, siasatan awal mendapati mangsa menghubungi suspek sebelum dibawa membonceng sebuah motosikal ke bilik sewa berkenaan.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa rakan lelaki lain sebelum itu.
“Remaja berkenaan masih disoal siasat dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek masih dikesan selepas menghilangkan dirisebaik mengetahui mangsa membuat laporan polis,” katanya.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/06/anggota-polis-status-suami-orang-diburu.html#ixzz38LxD3DYW
Category:
0 comments