WTF!! MENTERI BESAR SELANGOR DIPECAT PKR

reniastutik | 7:59 AM | 0 comments

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

>>>>Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

>>>>menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2

>>>>menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

>>>>Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

>>>>Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

>>>>Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Bagaimanapun, Abdul Khalid masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor sehingga diputuskan oleh Sultan Selangor atau di Dewan Undangan Negeri.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments