ORANG YANG BERSIKAP PEMAAF DIKASIHI SANG MAHA PENCIPTA
Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Pernahkah terdetik rasa di hati apakah yang akan dilakukan jika anda dikhianati, difitnah dan dizalimi? Adakah anda akan memaafkan atau membalas perbuatannya?
Wahai pembaca yang dikasihi, Saidatina Aisyah r.a pernah bertanya Rasulullah, "Apakah kamu pernah mengalami hari yang lebih memeritkan daripada hari engkau menyampaikan dakwah kepada penduduk?"
Baginda bersabda, "Sungguh aku menghadapi penderitaan daripada kaummu. Penderitaan terberat yang aku hadapi adalah pada hari Aqabah. Aku menawarkan diri kepada Ibn Abdul Yalil bin Abdul Kulal (seorang pemuda), tetapi dia tidak melayanku."
Baginda bersabda lagi, "aku pulang dalam keadaan dukacita sehingga aku sampai ke Qarn al-Tsa a'lib. Di sana, aku mengangkat kepalaku dan melihat ada awan menaungiku." Akibat cercaan penduduk, Baginda mengangkat tangan dan berdoa: "Wahai Tuhanku, kepada-Mu sajalah aku mengadu kelemahan tenagaku, kekurangan bicaraku dan kehinaanku di mata orang ramai. Ya Rabb. Engkaulah Tuhan mereka yang lemah, kepada siapakah Engkau serahkan dirikuini? Kepada mereka yang jauh membenciku? Atau kepada mereka yang Engkau beri kuasa ke atasku? Andai Engkau tidak murka akan aku, tidaklah aku peduli tetapi kemaafan-Mu terlalu luas untukku."
Setelah baginda berdoa, Allah menghantar malaikat gunung untuk menawarkan pertolongan kepada baginda. Malaikat gunung berkata, "Wahai Muhammad, Allah mengutuskan aku supaya engkau boleh arahkan aku untuk melakukan apa saja kepada mereka. Kalau engkau mahu, aku boleh saja menghempap mereka dengan kedua-dua gunung ini."
Namun jawapan baginda? "Bahkan aku sangat berharap Allah mengeluarkan daripada tulang sulbi mereka, generasi yang menyembah Allah tanpa syirik." Subhanallah. Betapa pemaaf baginda.
Wahai saudaraku, apakah kita terlalu suci dan sempurna sehingga tidak boleh memaafkan kesalahan? Sedangkan manusia agung pun mengampuni umatnya, inikan pula kita manusia biasa.
Ketika diusir dan dilempar batu sewaktu berdakwah, baginda bukan saja memaafkan tetapi mendoakan generasi seterusnya beriman kepada Allah. Mungkin terlintas di fikiran kita, ini pendekatan terbaik kerana baginda belum berkuasa.
Fath-hul Makkah menafikan semua itu. Ketika itu baginda berkuasa tetapi tidak membalas dendam atas seksaan dan sekatan ekonomi yang sangat dahsyat serta mengorbankan banyak nyawa, bahkan baginda bersabda kepada pemimpin Quraisy, "Pergilah, sesungguhnya kamu semua bebas!"
Mengimbas kembali kisah Safwan bin Umayyah yang mahu lari ke Jeddahmenaiki kapal ke Yaman kerana takut baginda membalas dendam. Dia sangat takut jika Rasulullah membunuhnya kerana dia adalah pemimpin Quraisy yang sangat memusuhi baginda.
Rasulullah memberi kain serban sendiri sebagai bukti jaminan pengampunan kepada Safwan. Ketika kakinya melangkah masuk ke dalam kapal, sahabatnya, Umair berteriak, "baginda lebih pemaaf daripada yang kamu sangka!"
Kemudian, Safwan dibawa bertemu Rasulullah dan dia berkata, "Orang ini (Umair) berkata engkau memberi keamanan kepadaku," lalu baginda mengiyakannya.
Dia meminta tempoh dua bulan berfikir mahu memeluk Islam atau tidak, tetapi baginda memberinya empat bulan untuk berfikir. Akhirnya Safwan bin Umayyah memeluk Islam kerana kemaafan luar biasa daripada manusia yang luar biasa. Subhanallah.
Wahai saudaraku, maafkanlah sesama kita supaya mudah bicara kita di Mahkamah Allah nanti. Allah Maha Pengasih lagi Maha penyayang dan Dia sangat mencintai hamba-Nya yang suka mengasihi dan menyayangi.
Allah Maha Pemaaf dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain, tetapi pujuklah hati untuk memaafkan supaya dosa kita diampunkan Allah.
Imam Al-Ghazali selalu mengingatkan kita, seorang hamba yang bertaubat dengan hati ikhlas dan bersungguh-sungguh tetapi kembali melakukan dosa supaya tidak berputus asa untuk bertaubat lagi.
Mana tahu seandainya malaikat maut mencabut nyawanya ketika dia bertaubat atau dalam perjalanan menuju taubat!
Jika seorang itu melakukan dosa dan dia berkata, "Wahai Tuhanku, ampunilah diriku," berfirmanlah Allah, "Hambaku ini melakukan dosa lalu dia meyakini mempunyai Tuhan yang sudi mengampunkan dan menghukumnya disebabkan dosanya itu."(Riwayat hadis Bukhari dan Muslim)
Wahai saudaraku, maafkanlah saudaramu kecuali apabila kezaliman itu mencapai tahap yang menghina Islam, Nabi dan Rasul, menghalau saudara seagama daripada tanah air sendiri.
Oleh Amie Sofia Ahmad
Sumber: Metro Ahad

Category: RENUNGAN
0 comments