BOIKOT BARANGAN YAHUDI DAN TUNTUTAN UMAT ISLAM
Mengapa kita perlu boikot. Terbukti banyak syarikat gergasi Israel laknatullah telah mengalami kerugian berjuta bilion dollar kerana boikot seluruh dunia. Kekejaman masyarakat israel laknatullah terhadap rakyat palestin telah meyebabkan ramai penduduk dunia memboikot kesemua produk yang dimiliki negara haram israel.
Sebuah kisah saat Nabi Ibrahim dibakar oleh Presiden Namrud, maka tindakan pantas dari seekor burung menagmbil air dengan paruh yang kecil untuk memadankan api yang besar. Logiknya, tidak akan padam. Namun, atas keyakinan si burung bahawa tindakan itu hanya salah satu alternative dari beberapa banyak alternative serta melihat kepada kemampuannya saat itu (sedang Nabi Ibrahim sedang dibakar). Maka, dia terlepas dari dipersoalkan dihadapan Allah tentang tindakannya apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar kerana telah bertindak.Kisah ini disebut Isra’iliyat (bersumber dari Ahli Kitab). Namun, mengambil iktibar dibenarkan kerana isyarat dari Nabi s.a.w bahawa, apa yang datang dari ahli Kitab, jangan diterima dan jangan ditolak.
kalaulah setiap kali berjuang, Allah menyoal hasil, maka orang yang paling teruk dmarahi oleh Allah sudah tentu Nabi Nuh a.s, yang berdakwah hampir 950 tahun namun berjaya mengIslamkan kurang dari 80 orang. Maknanya setiap 10 tahun, hanya 1 orang lebih kurang yang masuk Islam.
Kesimpulannya, Allah menilai tindakan segera kita, bukan hasil yang diperolehi. Tetapi, bukan bermakna, kita mengenepikan analisa keberkesanan sesuatu tindakan. Analisa perlu dan sangat perlu dalam perjuangan.
Category: RENUNGAN
0 comments