PESAWAT TENTERA PERANCIS BANTU MISI PENCARIAN AH5017
PARIS 24 Julai - Dua pesawat tentera Perancis berpangkalan di Afrika
Barat telah dihantar bagi menjalankan kerja-kerja mencari pesawat Air
Algerie yang hilang dari radar petang tadi, kata jurucakap tentera
Perancis.
"Dua pesawat Mirage 2000 berpangkalan di Afrika digerakkan bagi
mencari kawasan di mana pesawat Air Algerie itu yang hilang," kata
jurucakap tentera Perancis Gilles Jaron.
"Pesawat-pesawat itu akan mencari di kawasan yang mana diketahui destinasi akhir di sepanjang laluannya," katanya.
Pesawat Swiftair, syarikat penerbangan swasta dari Sepanyol itu
dikendalikan oleh Air Algerie yang dalam perjalanan dari Burkina Faso ke
Algiers telah hilang dari radar selepas 50 minit berlepas ketika berada
di ruang udara Mali.
Pesawat jenis MD83 itu dipercayai membawa 110 penumpang dan enam anak kapal. - AGENSI
Category: gempak
0 comments