MH17:TINDAKAN HINA WARTAWAN SELONGKAR BEG PERIBADI MAYAT
Peristiawa mengemparkan bidang kewartawan apabila tindakan seorang wartawan dari Stesen Penyoaran British, Sky News Colin Brazier yang telah menyelongkar beg mangsa nahas MH17 yang disiarkan secara langsung semalam mendapat kecaman berbagai pihak..
Colin Brazier mengangkat satu set kunci dan berus gigi daripada beg pakaian yang terbuka semasa siaran pada petang Ahad.
LONDON: Stesen penyiar British, Sky News memohon maaf selepas seorang penyampainya menggeledah bagasi di tapak kejadian pesawat MH17 terhempas ketika lintas langsung, semalam.
Ketika siaran berkenana, penyampai Colin Brazier didapati menyelongkar barang peribadi di dalam sebuah beg pakaian di tapak kejadian sambil mengutip sejambak kunci sebelum berkata: "Kita tidak sepatutnya berbuat begini."
Perbuatan itu mencetuskan kemarahan dalam media sosial termasuk gesaan supaya Brazier dibuang kerja.
Selain itu, penyampai BBC, Jacqui Oatley dalam tweetnya berkata, dirinya "hairan" manakala profesor media massa di Universiti Baker, Joe Watson berkata, ia adalah "saat paling teruk bagi kewartawanan." - AFP
Rentetan dari itu beliau dengan segera menjadi subjek kritikan sengit dalam talian, dituduh menyerang privasi orang mati.
Category: MH17
0 comments