MH17:JUMLAH YANG TEPAT PENUMPANG DAN KREW

Unknown | 6:19 PM | 0 comments

KUALA LUMPUR 18 Julai - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS menjelaskan, bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.
Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.
Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal. - BERNAMA

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments