KOMANDER YAHUDI LAKNATULLAH MATI KATAK

Unknown | 1:05 AM | 0 comments

Seorang komander Israel daripada Bridged Golan, Kolonel Gassan Ulayan terbunuh dalam pertempuran dengan pergerakan Hamas di Gaza.

Gassan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius dalam pertempuran tersebut.

Briged Izzuddin al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas melaporkan, mereka berjaya membunuh seorang komander rejim Zionis Israel berpangkat Kolonel serta sejumlah tentera Israel dalam serangan hendap di timur Gaza.
Namun begitu, bila dan di mana kejadian itu berlaku tidak dinyatakan.


Sebelum mengetuai unit Briged Golan, Gassan, 41, merupakan ketua tentera di wilayah Jenin.
Kelmarin, al-Qassam mengumumkan berjaya menghancurkan beberapa buah kenderaan tentera Israel selain menawan seorang askarnya.

"Kelmarin dan semalam, seorang askar daripada Pasukan Pertahanan Israel terbunuh ketika melakukan serangan darat (di Gaza)," menurut kenyataan tentera, sambil menambah kata, tiga lagi askar Israel mengalami kecederaan serius dalam operasi tersebut.

- AGENSI/AFP

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments