MOOD TAHUN BARU ROSAK?

Unknown | 8:29 PM | 0 comments

Ketua Polis Kuala Lumpur  Datuk Mohamad Salleh hari ini menyifatkan insiden rempuhan peserta himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka semalam menjejaskan "mood" orang ramai yang ingin menyambut sambutan malam tahun baru.
Beliau menyatakan kekesalan dengan kejadian semalam, dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku, termasuk insiden membabitkan botol mineral dibaling ke arah pentas di mana Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib sedang berucap.
"Kita merasa kesal kerana dengan perbuatan mereka mengganggu ketenteraman orang ramai hingga menyebabkan sambutan ambang tahun baru terpaksa diberhentikan," katanya lagi.
Beliau pada masa mendakwa ada usaha merempuh masuk ke bahagian pentas utama Dataran Merdeka oleh segelintir peserta demonstarasi lewat malam semalam.
Tambahnya, polis dapat menghalang usaha peserta demostrasi untuk terus mara ke bahagian pentas.
"Memang ada berlaku percubaan untuk mereka masuk ke atas pentas namun pihak polis berjaya menghalangnya," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.
Antara lain beliau juga berkata jumlah kehadiran orang ramai di Dataran Merdeka ialah seramai 25,000 orang termasuk mereka yang datang untuk menyaksikan konsert sambutan ambang tahun baru.
Katanya lagi, pihak polis bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk memberhentikan sambutan tahun baru, yang menyebabkan pembatalan acara kemuncak iaitu pertunjukan bunga api.
Seorang peserta demonstrasi Turun, lengkap dengan topeng penghalang gas, mengambil gambar 'selfie' pada perhimpunan malam semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Januari, 2014."Kita telah ambil keputusan bersama untuk hentikan acara kemuncak apabila benteng pertahanan polis telah lumpuh," katanya, sambil menegaskan perbuatan melanggar halangan di Dataran menyalahi Akta Perhimpunan Aman.
"Ini merupakan kali pertama berlaku dan ingin saya ingatkan, di luar Malaysia tidak pernah kejadian begini sambutan tahun baru yang telah dirampas, mereka (peserta demostrasi) memang berniat untuk mengganggu," katanya.
Salleh turut menafikan tuduhan kumpulan Turun bahawa pihak berkuasa sengaja mereka-reka cerita mengenai penemuan senjata di Kompleks Daya Bumi semalam.
Beliau juga menunjukkan senjata tersebut kepada media, iaitu tiga pisau dan empat parang yang menurut polis disorok dalam payung dan pasu bunga.
Katanya, seorang pengawal keselamatan yang curiga dengan payung yang diletakkan di situ melaporkannya kepada polis. Bagaimanapun, Salleh berkata pihaknya belum mengenal pasti motif dan kaitannya dengan peserta Turun.
"Dan ingin saya tegaskan, pihak polis tidak mengada-adakan cerita mengenai penemuan senjata apa yang kita tunjuk, kita tidak pandai untuk berlakon atau mengada-adakan cerita," ujarnya.
Mohamad berkata sebanyak lapan laporan polis telah dibuat dan tujuh kertas siasatan dibuka membabitkan insiden malam semalam. - 1 Januari, 2014.

artikal asal disini

 http://my.news.yahoo.com/mood-sambutan-tahun-baru-rosak-akibat-peserta-himpunan-111358199.html

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments