1. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?


Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.


Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.

Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk  dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.
2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

3. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.
4. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi
Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.

Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.

5. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.

Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.

Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks. 


Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..

Sejenis makhluk marin yang dijumpai oleh beberapa orang dipantai telah ditemui sebagai ikan duyung betina...ikan ini yang ternyata mempunyai susuk tubuh seperti jeliyawan wanita dan memiliki payudara...pada bahagian kaki pula dilihat mempunyai cantuman membentuk seolah ekor ikan...terdapat juga juntaian seperti obor..manakala rambut duyung betina ni nampak sungguh cool...samada penemuan duyung betina disahkan betul atau palsu masih menjadi tanda tanya...jom kita layanzz gambar duyung betina ini...

Jom kita tengok gmabar paling mahal didunia....cecah jutaan dolar wehhh...aku pon tak tahu kenapa la gambara ni mahal sangat....jom terjahhhh..





 10. Tobolsk Kremlin pada bulan Oktober (2009) - $ 1750000 Kremlin pada bulan Oktober (2009) - $ 1750000


Tobolsk Kremlin pada bulan Oktober (2009) - $ 1750000 
  




9. Billy the Kid (1880) Tintype Potret -$ 2300000

Billy the Kid (1880) Tintype Potret -$ 2300000



8. Untitled # 153 (1985) - $ 2700000


153 (1985) - $ 2700000



7. Pond-Moonlight (1904) -. $ 2928000





Pond-Moonlight (1904) -. $ 2928000






6Los Angeles, oleh Andreas Gursky (1998) -. $ 2900000




Los Angeles, oleh Andreas Gursky (1998) -. $ 2900000

 


5. Diptychon 99 Cent II (2001) -. $ 3346456


Diptychon 99 Cent II (2001) -. $ 3346456
 

4. Askar Mati Talk (1992) - $ 3666500
 

Askar Mati Talk (1992) - $ 3666500
  



3. Her Majesty (1973) -. $ 3765276
 
 

Her Majesty (1973) -. $ 3765276


2. Untitled # 96 (1981) -$ 3890500

Untitled # 96 (1981) -$ 3890500
 

1. Rhein II (1999) - $ 4338500



Rhein II (1999) - $ 4338500

PARIS 24 Julai - Dua pesawat tentera Perancis berpangkalan di Afrika Barat telah dihantar bagi menjalankan kerja-kerja mencari pesawat Air Algerie yang hilang dari radar petang tadi, kata jurucakap tentera Perancis.

 
"Dua pesawat Mirage 2000 berpangkalan di Afrika digerakkan bagi mencari kawasan di mana pesawat Air Algerie itu yang hilang," kata jurucakap tentera Perancis Gilles Jaron.
"Pesawat-pesawat itu akan mencari di kawasan yang mana diketahui destinasi akhir di sepanjang laluannya," katanya.


Pesawat Swiftair, syarikat penerbangan swasta dari Sepanyol itu dikendalikan oleh Air Algerie yang dalam perjalanan dari Burkina Faso ke Algiers telah hilang dari radar selepas 50 minit berlepas ketika berada di ruang udara Mali.


Pesawat jenis MD83 itu dipercayai membawa 110 penumpang dan enam anak kapal. - AGENSI

 

ALGIERS 24 Julai - Pesawat penumpang Air Algerie AH5017 yang membawa 116 penumpang dan anak kapal disahkan terhempas selepas hilang dari radar di ruang udara Mali, pada pukul 1.55 petang (GMT).


"Sayamengesahkan pesawat itu terhempas," kata seorang pegawai penerbangan Algeria kepada Reuters. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lokasi dan bagaimana kemalangan itu berlaku.









Pesawat milik Swiftair, syarikat penerbangan swasta dari Sepanyol itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan Air Algerie di Algeria dengan kapasiti 110 penumpang dan enam anak kapal.


Radar penerbangan tidak dapat mengesan AH5017 selepas 50 minit ia berlepas dari lapangan terbang Ouagadougou di Burkina Faso iaitu pada pukul 1.55 petang (GMT) dan sepatutnya mendarat di sini pada pukul 5.10 petang (GMT). - AGENSI

ALGIERS 24 Julai - Pesawat penumpang Air Algerie AH 5017 yang dalam perjalanan dari Burkina Faso ke sini telah hilang dari radar selepas 50 minit berlepas ketika terbang di ruang udara Mali.

Pesawat jenis MD83 itu dipercayai membawa 110 penumpang dan enam anak kapal.

"Perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan kapal terbang Air Algerie selepas 20 minit berlepas," kata syarikat penerbangan itu. - AGENSI




lukisan seni yang menambat hati apabila di aplikasikan pada tanggga...pelbagai rupa tangga yang disenikan seperti #D dan membawa maksud yang tertentu. yang pastinya..ia amat menarik..Jom layannzzz








Sekali tengok mcam model myvi...tapi rupanya rumor mngatakan ini adalah model viva bagi tahun 2014.. bentuk die memang cun...berkenaan saiz asal xpasti mana yang leih besar..apapon kalo betul ini model viva 2014..memang superb la....

(carlist)
Add caption

 Kamera digital berkelajuan tinggi direka dengan serba boleh dan fleksibiliti yang terbaik dan alat yang sangat baik untuk para penyelidik, saintis dan jurutera yang memerlukan untuk menangkap imej resolusi tinggi pada kelajuan ultra-tinggi. jom tengok gambar anjing yang tiambil melalui kamera berkelajuan tinggi ini...jom layaannzz


Add caption





Add caption

Memang pelik dunia masa kini...orang yang berperangai pelik akan disanjung...manakala yang baik akan dipandang sepi.....gadis cdm25 yang dikenali sebagai kiki ini telah ditemubual oleh stesyen radio yang terkenal.
manakala dibawah adalah rakyat malaysia yang budiman yang sentiasa meberi komen-kmen yang mebina...kebnayakan mereka tidak berpuashati, kerana wanita cdm25 ni yang ditemubual...bukan mereka...eh bukan...kerapa tidak uncle itu yang dipanggil....pada mereka...sepatutnya uncle itu dipanggil kerana beliau membawa nilai2 murni semasa berlaku kejadian perlanggaran itu...namun mungkin ada sebab kenapa stesen radio ini memangggil wanita cdm25 ni....mungkin die nk minta maaf kepada seluruh rakyat malaysia...mungkin...mungkin kan......ok...wat ever pon semoga gadis cdm25 ini akan berbaik semula dengan uncle itu......babai...layannzzzz

Sebuah video menjadi sensasi di dunia maya saat seorang wanita membeli aiskrim dengan cara yang aneh. Dalam video singkat yang hanya berdurasi 10 saat itu, tampak seorang wanita membeli aiskrim di sebuah restoran. 

Namun, ketika pekerja restoran itu menyerahkan aiskrim pesanan wanita tersebut, mereka bingung dan sedikit terkejut dengan apa yang dilihatnya. Pelanggan wanita itu memang membeli aiskrim, tapi hanya mengambil aiskrimnya saja. Dengan kata lain konnya tidak diambil. Aneh sekali bukan?

 Pekerja itu terpaku dan sedikit bingung dengan kon aiskrim di tangannya bersama seorang temannya yang juga melihat kejadian tersebut. Dalam semalaman saja video ini meledak dan kini sudah ditonton lebih dari sejuta kali sejak 20 Jun 2014 lalu.

Laporan dari Rocketnews24, rupanya kejadian tersebut adalah sebuah prank yang dibuat oleh Manner Production dari Macau. Mereka biasanya membuat filem pendek yang serius. Namun kali ini, mereka kerap membuat video mengenakan orang semacam ini.

Dengan cepat video ini booming di Facebook dan Weibo China. Share di facebook saja mencapai 52,900 kali. Bahkan, pekerja yang ada dalam video ini meningkat popularitinya. Menyedari bahawa videonya mungkin membuat privasi para pekerja ini sedikit terusik, Manner Production pun meminta maaf melalui Facebook. 

- See more at: http://ceritamakngah.blogspot.com/2014/07/video-wanita-beli-aiskrim-jadi-viral.html#sthash.TGHATuXZ.dpuf

SHAH ALAM – Tindakan keji seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis mengundang padah apabila dia mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah pangsapuri di Seksyen 17 di sini awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku ketika gadis berusia 22 tahun itu berjalan pulang ke rumahnya bersendirian selepas mengulangkaji pelajaran di rumah rakannya yang terletak di blok bersebelahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, gadis itu kemudiannya didatangi oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun yang menyamar sebagai ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

KOSMO!
Pembantu rumah itu dibawa ke Hospital Sibu.

KUCHING: Seorang pembantu rumah di Sibu bagaikan dirasuk apabila dipercayai memakan anak kucing peliharaan majikannya hidup-hidup.

Terdahulu, majikan terbabit menemui bangkai anak kucing miliknya di hadapan rumahnya pada Khamis.

Susulan penemuan bangkai kucing itu, majikan tersebut menyoal pembantu rumahnya yang berkelakuan pelik sejak dua minggu lalu.

"Apabila saya menyoalnya, dia memberitahu telah makan anak kucing itu," katanya.

"Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba mengamuk sehingga memaksa saya mengikat kaki dan tangannya," katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.


Majikan tersebut berjanji kepada pembantu rumah warga Indonesia itu untuk membenarkan dia pulang ke negara asalnya pada keesokan harinya.
Bimbang dengan keselamatan keluarga, majikan tersebut meletakkan pembantu rumah itu di dalam kereta yang diparkir di luar rumah pada waktu malam.
Majikan tersebut dipetik sebagai berkata, pembantu rumah itu kelihatan pulih pada keesokan harinya lalu membuka ikatan ditangannya.
"Saya membawanya untuk membeli nasi ayam di Ramin Way kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Selepas selesai membeli makanan, dia enggan masuk ke dalam kereta dan mengamuk. 

"Dia masuk ke dalam kereta dan membuang semua barang keluar dari kereta. Malah, dia juga menggigit pokok hiasan," kata majikan itu.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, pembantu rumah itu dikatakan menggigit lengan salah seorang anggota polis bertugas.

Pembantu rumah itu kemudiannya di bawa ke Hospital Sibu dengan mukanya ditutup dengan jaket bagi mengelak dia meludah ke arah orang ramai.